Table of Contents
Nak tahu cara hilangkan kurap kucing dengan cepat dan berkesan? Kurap adalah masalah yang kerap dialami oleh haiwan peliharaan terutamanya kucing. Malah hampir kesemua kucing pernah mengalami jangkitan kurap ini sepanjang hidupnya. Di dalam artikel ini kami kongsikan info dan cara rawat kurap kucing yang betul.
Untuk merawat masalah kesihatan pada kucing, anda terlebih dahulu perlu tahu punca suatu masalah tersebut berlaku. Seperti masalah kurap, ia terjadi disebabkan jangkitan parasit luaran pada kulit. Jadi untuk merawat kurap ini anda perlulah memberikan ubatan anti patasit pada kucing anda.
Cara Hilangkan Kurap Kucing Dengan Betul
Terdapat banyak cara dan petua yang anda boleh cuba, namun tidak semua petua yang dikongsikan ini sesuai untuk kucing anda. Malah terdapat juga petua-petua yang dikongsikan tidak mempunyai bukti kukuh dalam merawat jangkitan perasit ini. Jadi anda perlu lebih berhati-hati sebelum mengamalkannya pada kucing anda.
Disini kami kongsikan beberapa cara untuk merawat kurap pada kucing anda. Cara dan petua ini adalah perkongsian daripada warganet yang telah terbukti boleh merawat masalah jangkitan kurap pada kucing anda. Anda boleh amalkan dengan cara yang dikongsikan ini.
Guna Revolution For Cat
Salah satu ubat merawat kurap yang anda boleh dapati adalah jenama Revolution. Jenama ini adalah antara yang popular dan berkesan untuk merawat masalah kurap berkeruping pada kucing ini. Anda boleh dapatkan ubat ini secara dalam talian di Shopee dan boleh merawat sendiri di rumah sahaja.
Berikut adalah perkongsian di laman facebook berkenaan pengalaman warganet yang mempunyai kucing yang sembuh daripada kurap setelah menggunakan ubat Revolution ini. Hantaran yang dimuat naik oleh Nurlila Md Taib boleh dijadikan rujukan untuk anda yang mempunyai masalah yang sama. Berikut adalah antara tips dari hantaran beliau:
Tips merawat kurap kucing di rumah:
- Jangan panik kucing anda dijangkiti kurap, amalkan cara yang berkesan sahaja untuk merawat kucing.
- Utamakan kebersihan, kerana kurap ini adalah jangkitan parasit dari tempat kotor
- Gunakan sarung tangan untuk memegang kurap.
- Gunakan ubatan yang diiktiraf (vet approved) sahaja.
Untuk rawatan ubat titis Revolution For Cat, anda boleh membelinya secara dalam talian di Shopee. Ubatan ini juga digunakan di klinik vet dan diiktiraf oleh veterinar serta boleh digunakan sendiri di rumah.
Cara merawat:
- Pilih di tempat yang kucing tidak boleh jilat.
- Selak bulu hingga nampak kulit, titis mengikut dos yang ditetapkan
- Biarkan kering dan kuarantin di sangkar asing.
Antara kesan awal ubat ini adalah kurap kucing akan mula kering dan jatuh dengan sendiri. Kawasan bulu yang terkena kurap juga akan mengalami keguguran dan akan tumbuh bulu baharu yang sihat.
**Penting : Pastikan anda membaca label arahan dos pada kotak ubat dan berikan dos yang betul sahaja pada kucing. Jika dos berlebihan diberikan kucing akan mengalami imun dan sukar untuk sembuh jika jangkitan kedua berlaku.
Petua Hilangkan Kurap Dengan Minyak Masak
Selain mengunakan ubatan, terdapat juga petua yang berkesan untuk merawat kurap kucing ini iaitu dengan menggunakan minyak masak. Petua ini telah viral sejak sekian lama dan ia berhasil untuk merawat masalah kurap kucing.
Kurap kucing hilang adalah disebabkan minyak masak yang digunakan mempunyai kandungan kunyit hasil daripada goreng ikan atau goreng ayam. Petua ini tidak menjadi jika menggunakan minyak masak yang baru atau belum dimasak. Namun begitu, cara ini tidak disyorkan kerana berisiko untuk kesan sampingan lain pada kucing, antaranya adalah:
- Minyak kotor dan dijangkiti kuman
- Kesan sampingan pada kucing yang menjilat minyak yang disapu
- Minyak akan menyebabkan kucing pedih kerana luka pada kurap
- Kucing tidak selesa @ stress kerana bulunya penuh minyak
Walaupun ia berkesan untuk merawat kurap, namun ia boleh berisiko untuk kesan sampingan yang lain. Disebabkan itu petua ini kurang disyorkan untuk merawat kurap pada kucing.
Kebersihan Sangkar & Tandas
Selain jangkitan dari kucing yang kurap, masalah kurap ini juga boleh merebak melalui sangkar dan tandas kucing yang terlalu kotor. Sangkar yang menjadi tempat tidur kucing perlu dibersihkan setiap hari agar ia kekal bersih dan selamat untuk kucing. Berikut adalah cara untuk membunuh kuman pada tempat tidur kucing.
- Ambil 1 sudu cuka epal
- Campurkan dengan 1 liter air kosong
- Gunakan spray pada kawasan kucing sering tidur
- Lap dengan kain bersih
Kandungan asid pada cuka epal ini boleh membunuh sebarang jenis kuman dan bakteria yang anda pada kawasan kucing rehat. Cara ini adalah yang paling mudah dan berkesan untuk diamalkan setiap hari secara rutin.
Untuk tandas pula anda perlulah membuang najis @ skop najis kucing dengan kerap, sebaiknya 2 kali sehari. Ini untuk mengelakkan kuman berkumpul dan merebak kepada kucing lain. Selain itu, anda boleh campurkan bedak an bakteria seperti bedak jenama Aiken yang mempunyai faktor anti-bakteria untuk membasmi kuman pada pasir tandas kucing.
Link shopee produk grooming cat:
KAWANKU Cat Toilet : https://shope.ee/WpS8CLU8
Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer: https://shope.ee/7pFZnRwoTo
AIKEN ANTIBACTERIAL TALC : https://shope.ee/8KBo4httuT
**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee
Akhir Kata
Sebagai pemilik kucing yang sangat gemar memelihara kucing, anda disarankan untuk bersedia untuk situasi cara hilangkan kurap kucing. Ini kerana kurap ini boleh terjadi pada semua kucing dan boleh merebak dengan cepat. Anda boleh membeli ubat kurap sebagai persediaan jika kucing anda dijangkiti pada masa akan datang. Baca artikel seterusnya kiraan umur kucing. Semoga bermanfaat!