kucing apa pandai menyanyi

Kucing Apa Pandai Menyanyi

Kucing apa pandai menyanyi? Jawapannya adalah allycat. Soalan ini adalah berasal daripada teka tiki yang popular dalam kalangan kanak-kanak di sekolah rendah. Namun tahukah anda sebenarnya terdapat baka kucing yang mempunyai suara yang nyaring dan merdu apabila sedang “meow”. Nak tahu lebih lanjut boleh terus membaca artikel ini hingga habis.

Sedia maklum bahawa terdapat banyak jenis baka kucing yang terdapat di seluruh dunia. Setiap baka kucing ini mempunyai kelainan dalam banyak perkara seperti jenis bulu, warna, saiz dan banyak lagi. Antara lainnya adalah terdapat baka kucing yang mempunyai suara yang comel dan unik. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa jenis baka kucing yang mempunyai suara enak dan comel.

Kucing Apa Pandai Menyanyi

Betul ke kucing boleh menyanyi? Jawapannya adalah kucing boleh mempunyai suara yang unik dan lain daripada bunyi “meow”. Jika anda perhatikan di media sosial terdapat banyak video-video viral menunjukkan kucing peliharaan yang mempunyai suara yang unik. 

Kucing-kucing ini seolah-olah boleh mengikut suara manusia dan ada diantaranya berbunyi seperti sedang bercakap dengan pemiliknya. Ini adalah kerana kucing adalah haiwan yang mempunyai naluri dan boleh memahami tona bahasa yang dituju kepadanya. Berikut adalah antara kucing yang mempunyai suara yang unik dan manja.

Kucing siam

Kucing siam adalah baka kucing yang mempunyai suara yang paling unik dan manja berbanding baka-baka lain, malah kucing ini juga boleh bercakap sepanjang hari dengan tuannya. Baka siam ini boleh menyerupai suara bayi menangis dan boleh meniru gelak tawa bayi.

Pemilik kucing baka siam ini pastinya tahu akan kelebihan kucing ini, ia boleh dijadikan teman berbual apabila sunyi. Jika dipelihara sejak dari kecil, baka ini akan mempunyai suara yang lebih unik kerana sentiasa terdedah dengan tona percakap manusia.

Oriental shorthair

Baka oriental shorthair ini hampir sama seperti kucing siam, ia mempunyai suara yang unik dan agak bising, malah terdapat juga haiwan peliharaan baka ini yang berbunyi suara “purr” yang garau dan kasar. 

Kucing ini adalah sejenis baka kucing yang aktif dan gemar berjalan-jalan bersama tuannya. Ia adalah sejenis kucing memerlukan penjagaan yang rapi selain perilakunya yang agak agresif. Disebabkan ia mempunyai suara yang garau maka kucing ini juga boleh dikategorikan sebagai kucing yang mempunyai suara yang unik. 

Kucing burma

Sejenis kucing yang agak pemalu dan lembut, namun ia mempunyai suara yang unik berbanding baka lain. Walaupun mempunyai ukuran badanaa yang sedikti kecil, kucing ini boleh menghasilkan suara yang kuat dan unik.

Ia mempunyai suara yang lembut tapi kuat, manja dan berbunyi “purr” yang enak didengar. Sesetengah peminat kucing memilih baka burma ini kerana ia mempunyai ukuran yang comel dan suara yang manja. 

Japanese bobtail

Sejenis kucing dari negara jepun yang mempunyai suara seperti baka burma iaitu lembut dan manja. Baka ini dikatakan sangat gemar bercakap dengan manusia dan mempunyai melodi yang unik. Ia amat manja dan suka bermain di kaki tuanya, selain itu ia baka kucing yang mudah masuk dengan baka-baka yang lain.

Sphynx

Sejenis kucing ekzotik yang mempunyai suara yang garau. Kucing ini juga boleh menghasilkan bunyi bernafas yang kuat. Ia mempunyai bunyi “purr” dan “miow” yang seakan mendayu-dayu seperti menyayi.

Ia adalah baka kucing yang lemah lembut dan aktif, ia juga kucing yang pandai berdikari dan gemar bercakap dengan individu yang dikenali. Ia adalah sejenis kucing yang boleh dijadikan peneman hidup di dalam keluarga anda.

Link shopee produk grooming cat:

KAWANKU Cat Toilet : https://shope.ee/WpS8CLU8
Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer: https://shope.ee/7pFZnRwoTo
AIKEN ANTIBACTERIAL TALC : https://shope.ee/8KBo4httuT

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Dalam dunia sebenar memang terdapat kucing yang mempunyai kebolehan untuk mengeluarkan suara seakan seperti menyayi dan bercakap. Kebolehan ini bergantung kepada jenis baka dan juga cara kucing ini dibesarkan. Malah kajian juga mendapati kucing sebenarnay boleh memahani tona bahasa percakapan manusia. Anda nak lebih banyak info? Boleh terus ke artikel kucing muka penyek. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Exit mobile version