kucing baka besar

Kucing Baka Besar

Terdapat banyak kucing baka besar yang terdapat di seluruh dunia, kucing ini mempunyai keistimewaan kerana ukuran badan dan rangka tulangnya yang besar. Baka kucing besar ini juga menjadi pilihan peminat kucing terutamanya yang meminati haiwan peliharaan bersaiz besar ini.

Kucing peliharaan bersaiz besar ini juga boleh menjadi haiwan indoor untuk keselamatan rumah, ini kerana kucing ini mempunyai saiz ukuran yang hampir sama besar seperti anjing, saiz yang besar ini boleh mengganggu haiwan liar atau haiwan perosak daripada memasuki rumah anda. Disini kami kongsikan beberapa baka kucing baka besar di dunia.

Kucing Baka Besar Paling Popular

Berikut adalah beberapa jenis baka kucing terbesar yang popular, mungkin sesetengah baka kucing ini anda pernah dengar dan boleh didapati di Malaysia. Jika anda bercadang untuk memelihara kucing jenis baka besar ini maka berikut adalah beberapa pilihan untuk anda.

Maine coon

Apabila bercakap tentang baka kucing besar pastinya ramai yang akan fokus kepada baka maine coon. Ini kerana baka maine coon ini adalah sejenis kucing berbulu lebat dan bersaiz besar. Kucing ini mempunyai rangka tulang yang besar dan mempunyai bulu yang lebat, ia sesuai dipelihara di dalam rumah dan juga di luar rumah.

Ringkasan baka maine coon :

  • Tinggi : 10 ke 16 inci
  • Berat : 5 ke 8 kg
  • Jenis bulu : berbulu panjang dan lebih 70 jenis warna
  • Jangka hayat : 9 ke 15 tahun

Kucing ini diberi gelaran maine coon adalah berasal dari sebuah negeri bernama maine di USA. mitos mengatakan kucing ini adalah kacukan kucing dan musang @ racoon, tetapi ia hanya mitos semata-mata. Ia baka yang jinak dan mudah mesra dengan manusia.

Ragdoll

Selain mempunyai wajah yang comel dan manja, ragdoll adalah sejenis kucing yang mempunyai ukuran purata yang besar. Kucing ini popular kerana mempunyai bentuk wajah yang comel dan gebu, ia juga mempunyai bentuk mata yang bulat dan suara yang manja. Ini menjadikan kucing ini pilihan sebagai haiwan peliharaan di rumah.

Ringkasan baka ragdoll :

  • Tinggi : 9 ke 11 inci
  • Berat : 5 ke 10 kg
  • Jenis bulu : Mempunyai bulu separa panjang, kucing ini sangat sinonim dengan warna putih @ krim pada bulunya. Boleh wujud dalam warna kelabu, putih, dan perang.
  • Jangka hayat : 13 ke 15 tahun

Khabar baiknya, kucing ini boleh beradaptasi dengan iklim di Malaysia, malah baka asli ragdoll ini boleh didapati di Malaysia. Namun seperti kucing indoor yang lain, kucing ini memerlukan penjagaan yang rapi dan kos yang tinggi untuk dibela.

Norwegian forest cat

Sejenis kucing dari negara Norway yang berasal dari dalam hutan, ia mempunyai ukuran badan yang besar dan berbulu panjang. Selain itu, keunikan baka ini adalah ia mempunyai mata yang bewarna kucing dan cantik. Walaupun baka berasal dari hutan, kucing ini telah mula dibiak sebagai haiwan peliharaan dan semakin jinak.

Ringkasan baka norwegian forest cat :

  • Tinggi : 9 ke 12 inci
  • Berat : 5 ke 10 kg
  • Jenis bulu : panjang dan lebat, boleh didapati dengan pelbagai jenis warna
  • Jangka hayat : 14 ke 16 tahun

Di Malaysia kucing ini tidak terlalu se popular seperti kucing parsi dan maine coon, namun masih terdapat beberapa baka asli yang dibesarkan di Malaysia untuk dijadikan haiwan peliharaan. Jika anda inginkan baka kucing yang cantik dan unik, anda boleh dapatkan baka norwegian forest ini.

Parsi

Sejenis kucing yang paling popular di seluruh dunia, kucing ini mempunyai bulu yang lebat dan lembut. Selain bulunya yang lebat, kucing ini mempunyai keunikan apabila mempunyai genetik hidung yang bebentuk kemek. Genetik hidung kemek ini sebenarnya adalah kecacatan pada kucing ini, disebabkan ia nampak unik maka ia menjadi salah satu tanda cute pada baka parsi.

Ringkasan baka parsi :

  • Tinggi : 8 hingga 10 inci
  • Berat : 4 ke 6 kg
  • Jenis bulu : mempunyai bulu lebat yang gebu, biasanya campuran warna putih, hitam, dan krim.
  • Jangka hayat : 10 ke 17 tahun

Kucing baka parsi ini sangat sinonim dengan pecinta kucing di Malaysia. Malah terdapat juga kucing liar di Malaysia yang telah membawa genetik baka parsi ini, baka kacukan ini akan dikatogerikan sebagai kucing domestic long hair @ DLH.

Siberian

Sejenis kucing baka besar yang unik dan mempunyai IQ yang tinggi, kucing ini boleh hidup di iklim yang pebagai termasuklah di Malaysia. Baka ini pada asalnya adalah daripada baka kucing domestic yang telah dipelihara di dalam rumah @ indoor. 

Ringkasan baka siberian :

  • Tinggi : 9 ke 11 inci
  • Berat : 5 ke 10 kg
  • Jenis bulu : semi-longhair, boleh hadir dalam pelbagai warna
  • Jangka hayat : 10 ke 18 tahun

Kucing ini adalah jenis kucing yang manja dan suka bermain dengan tuannya, jadi ia boleh dijadikan kucing peliharaan sekeluarga anda.

Chausie

Tidak seperti baka lain yang berbulu panjang, kucing ini adalah kucing berbulu pendek yang dikategorikan sebagai baka besar. Kucing ini mempunyai luaran seakan kucing exotik yang sangat aktif dan gemar berburu. Kucing ini memperoleh nama daripada bahasa latin iaitu “felis chaus” atau bermaksud “kucing hutan”.

Ringkasan baka chausie :

  • Tinggi : 14 ke 18 inci
  • Berat : 7 ke 9 kg
  • Jenis bulu : berbulu pendek, mempunyai warna hitam, kelabu dan berbelang
  • Jangka hayat : 12 ke 14 tahun

Gelaran kucing hutan ini diberi kerana baka kucing ini mempunyai skil memburu dan fizikal yang besar. Kucing ini mula dipelihara sebagai haiwan peliharaan sejak dari dahulu lagi hinggalah sekarang.

Savannah

Baka ini adalah kacukan kucing domestik dan kucing afrika yang bersaiz besar. Kucing ini mempunyai luaran kucing exotik dan mempunyai corak seakan leopard. Baka ini menjadi pilihan bagi pencinta kucing yang gemar akan konsep enthusiasts.

Ringkasan baka savannah :

  • Tinggi : 10 ke 17 inci
  • Berat : 5 ke 11 kg
  • Jenis bulu : berbulu pendek @ medium pendek, mempunyai warna hitam, kelabu dan corak berbintik.
  • Jangak hayat : 12 ke 20 tahun

Dikatakan juga baka kacukan asli kucing ini mempunyai ukuran badan yang lebih besar berbanding baka yang telah dikacuk dengan kucing lain. Rangka tulang yang besar ini adalah hasil daripada genetik kucing dari afrika.  

American bobtail

Baka kucing berekor pendek tetapi mempunyai ukuran badan yang besar, kucing ini mempunyai ukuran kaki yang panjang dan gemar bermain serta berburu. Kucing ini turut mempunyai mitos dimana ia mungkin berasal dari Arizona dan tersebar ke serata tempat melalui kacukan.

Ringkasan baka american bobtail :

  • Tinggi : 9 ke 10 inci
  • Berat : 3 ke 6 kg
  • Jenis bulu : bergumpal dan gebu, warna mengikut genetik baka
  • Jangka hayat : 1 ke 15 tahun

Pada asalnya kucing ini dikenali disebabkan mempunyai ekor yang pendek, namun ia juga mempunyai fizikal yang besar dan sesuai untuk dijadikan kucing peliharaan rumah sekeluarga.

Ragamuffin

Baka kucing seakan kucing ragdoll tetapi mempunyai berbezaan dalam beberapa perkara, kucing ini turut tergolong dalam golongan kucing baka besar kerana mempunyai purata saiz yang besar dan berat. Perbezaan utama baka kucing ini dengan baka ragdoll adalah pada bentuk mukanya yang sedikit lebar.

Ringkasan baka ragamuffin :

  • Tinggi : 9 ke 12 inci
  • Berat : 3 ke 5 kg
  • Jenis bulu : berbulu panjang dan gebu, biasanya bewarna putih, hitam, biru, merah, dan coklat.
  • Jangka hayat : hingga 18 tahun

Kucing ini juga mempunyai personaliti sama seperti kucing ragdoll iaitu manja dan penyayang. Ia sangat sesuai dijadikan kucing peliharaan di dalam rumah dan bagus untuk kanak-kanak disebabkan tidak terlalu aktfi dan ganas.

Bengal

Walaupon baka bengal ini kerap dikaitkan sebagai kucing yang aktif dan gemar berburu, ia sebenarnya adalah sejenis kucing domestik sahaja. Kucing ini mempunyai luaran seperti kucing hutan yang ganas walaupun sebenarnya tidak. Ia adalah sejenis baka kucing yang manja dan penyayang.

Ringkasan baka bengal :

  • Tinggi : 8 ke 10 inci
  • Berat : 7 ke 8 kg
  • Jenis bulu : berbulu pendek, mempunyai campuran warna coklat, kelabu, dan perang serta bercorak belang dan bintik.
  • Jangka hayat : 10 ke 16 tahun

Anda gemarkan baka kucing yang exotik? Bolehlah mencuba untuk membela kucing bengal ini. Ia juga kucing yang gemar bermain dan mempunyai naluri gemar memanjat sepanjang hari.

Link shopee produk grooming cat:

KAWANKU Cat Toilet : https://shope.ee/WpS8CLU8
Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer : https://shope.ee/7pFZnRwoTo

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Memelihara baka kucing besar ini pastinya mempunyai beberapa kelebihan berbanding kucing saiz biasa. Antaranya adalah ia boleh dilatih untuk menjaga rumah dari sebarang serangan serangga perosak dan haiwan liar. Selain itu, disebabkan ia berbadan besar, kucing besar ini juga boleh kelihatan seperti seekor “anjing” yang bijak di rumah anda. Nak lebih banyak info? Baca artikel seterusnya hama kucing. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version