kucing comel gebu

Kucing Comel Gebu & Tips Nak Bagi Gebu

Anda sedang mencari kucing comel gebu yang cantik dan enak dipandang? Kucing adalah haiwan peliharaan yang popular di seluruh dunia. Ia adalah haiwan yang mempunyai fizikal yang cantik dan perilaku yang manja. Terdapat banyak jenis baka kucing yang boleh dipelihara, malah ada diantaranya mempunyai fizikal yang unik dan jarang ditemui.

Bagi anda yang kali pertama ingin mencari kucing, pastinya anda akan mencari jenis kucing yang diidamkan. Biasanya ramai orang akan cuba melakukan carian dengan men”google” kucing comel idaman mereka atau melihat kucing peliharaan orang lain. Disini kami kongsikan koleksi gambar kucing comel dan gebu untuk rujukan anda. 

kucing comel gebu
kucing comel gebu
kucing comel gebu
kucing comel gebu
kucing comel gebu
kucing comel gebu
kucing comel gebu
kucing comel gebu
kucing comel gebu

Tips Untuk Kucing Comel & Gebu

Selain daripada faktor baka kucing, untuk menjadikan kucing anda cantik dan comel anda perlulah mempunyai rutin penjagaan yang betul dan teratur. Memiliki kucing baka mahal sekali pon tidak bermakna kucing akan kekal comel dan gebu tanpa peru rutin penjagaan yang betul. Berikut serba ringkas tip untuk kucing kekal comel dan gebu.

Makanan tinggi protein

Kucing adalah haiwan karnivor yang memerlukan sumber protein yang tinggi untuk kekal sihat, oleh itu, pastikan anda memberi makanan kucing yang tinggi protein untuk memastikan bulu kucing kekal sihat dan cantik. 

Terdapat banyak jenama makanan kucing yang bagus, anda hanya perlu pilih makanan pelet yang mempunyai kandungan protein tinggi. Tambahan, elakkan memberi makan wet food terlalu banyak, ini kerana wet food mempunyai kandungai air yang tinggi, jika diberi secara berlebihan boleh menyebabkan kesan sampingan lain pada kucing.

Lakukan grooming

Walaupun semulajadinya kucing boleh melakukan grooming sendiri, anda juga dicadangakn untuk melakukan aktiviti groom yang lain seperti memotong kuku, mencuci telinga, gunting bulu terlalu panjang dan banyak lagi. 

And boeh menghantar kucing anda untuk aktiviti groom ini di klinik vet berdekatan, atau anda juga boleh melakukannya sendiri di rumah. Anda boleh membeli alatan atau kit groom ini di Shopee sahaja. (link alatan groom ada di hujung artikel ini)

Vaksin dan vitamin

Untuk kucing kekal comel dan gebu, kesihatan kucing mestilah berada dalam kondisi yang stabil. Oleh itu, pastikan anda memberikan suntikan vaksin dan vitamin yang cukup untuk pertumbuhan otot dan bulu yang sihat.  

Dengan sokongan vaksin dan vitamin ini akan memberikan badan kucing lebih tahan wabak sakit. Anda boleh membawa kucing anda ke klinik haiwan terdekat untuk proses vaksin dengan bayaran RM40 ke RM70 sahaja untuk satu suntukan vaksin.

Sangkar kucing

Untuk kucing kekal sihat dan comel anda perlulah menyediakan tempat tinggal yang sesuai dengan jumlah kucing anda. Jika sangkar terlalu padat, ini akan menyebabkan kucing stress dan boleh menyebabkan bulu gugur. Selain itu, pastikan anda menjaga kebersihan tandas pasir dan juga bekas makanan bagi mengelakkan merebaknya kuman dan kulat.

Terdapat banyak jenis sangkar kucing untuk pilihan anda, yang paling penting adalah pastikan ia sesuai dengan jumlah berapa ekor kucing anda. Tandas kucing juga perlulah dibersihkan setiap hari, kalau boleh 2 kali sehari untuk membasmi kuman daripada merebak. 

Kucing Berbulu Panjang @ Pendek

Ramai orang menganggap mempunyai kucing yang berbulu panjang adalah comel dan gebu. Hakikatnya, kucing berbulu panjang ini mesti sentiasa dijaga dengan rapi dan memerlukan rutin penjagaan yang betul untuk kekal cantik dan gebu. Keadaan ini memerlukan kos dan tenaga kerja anda sebagai penjaga kucing.

Oleh itu, ramai yang beraleh kepada kucing biasa yang masih mempunyai bulu yang gebu. Kucing ini biasanya dipanggil sebagai domestic long hari, kucing biasa yang mempunyai bulu sedikit panjang dari kucing biasa. Baka domestic long hair ini dikatakan wujud disebabkan kacukan kucing domestik biasa dan kucing baka berbulu panjang asli. 

Kucing ini lebih mudah dijaga dan tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti kucing baka berbulu lebat asli. Disebabkan itu, domestic long hair ini menjadi pilihan ramai warganet di Malaysia. Berikut adalah beberapa contoh domestic long hari untuk tatapan anda.

kucing comel gebu
kucing comel gebu
kucing comel gebu

Link shopee produk grooming cat:

Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer : https://shope.ee/7pFZnRwoTo

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Mempunyai kucing yang comel dan bulu yang gebu ini pastinya idaman ramai pecinta kucing. Namun untuk mempunyai kucing peliharaan yang cantik anda perlulah menyediakan wang, tenaga, dan tempat tinggal yang lengkap untuk memastikan kucing kekal cantik. Diharap dengan perkongsian ini memberi sedikit sebanyak idea kepada anda untuk mencari kucing peliharaan idaman anda. Kucing anda hilang? Boleh terus ke slot doa kucing hilang. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Scroll to Top