kucing kelabu

Kucing Kelabu Terbaik Di Dunia + Shopee Voucher

Anda mencari baka kucing kelabu yang comel dan montel? Kucing secara semulajadi mempunyai banyak jenis warna. Kucing betina biasanya mempunyai tiga warna berbanding kucing jantan hanya mempunyai dua jenis warna sahaja. Dalam banyak-banyak warna kucing, warna kelabu antara yang popular dalam kalangan pecinta kucing.

Tahukah anda sebenarnya terdapat beberapa jenis baka kucing khusus yang bewarna kelabu. Namun baka-baka kucing ini popular dari luar negara, kucing domestik di Malaysia agak jarang bewarna kelabu, kalau adapon tidak popular seperti kucing luar negara. Di dalam artikel ini kami kongsikan beberapa baka kucing warna kelabu untuk rujukan anda.

Sifat Kucing Kelabu 

Walaupun popular, baka warna kelabu ini bukanlah kucing yang dikategorikan sebagai kucing “rare”. Ia hanyalah dari genetik semulajadinya yang bewarna kelabu di seluruh tubuhnya. Kucing warna kelabu ini juga biasa dipanggil warna “biru” kerana tekstur kelabunya seakan warna biru, malah ada juga yang seakan biru hitam.

Walaupun terdapat pendapat yang menyatakan warna kucing mempengaruhi perilaku suatu kucing, namun tiada kajian rasmi yang dibuat berdasarkan itu. Namun kucing kelabu ini sangat terkenal sebagai kucing yang mempunyai personaliti manja, hyper aktif, namun gemar tinggal berseorangan.

13 Baka Kucing Bewarna Kelabu

Berikut adalah beberapa jenis baka kucing yang mempunyai warna kelabu, kelabu putih, kelabu hitam, dan kelabu kebiruan. Di dalam senarai ini mungkin ada baka yang anda kenali dan ada juga baka anda belum kenali lagi. Secara umumnya, jenis baka kucing-kucing ini mempunyai genetik bewarna kelabu atau warna seumpamanya. Bagi anda yang sedang mencari kucing, bolehlah membaca senarai ini, manalah tahu jika anda yang berkenan.

British Shorthair

Pasti ramai yang mencari kucing kelabu ini sebenarnya sedang mencari kucing jenis british shorthair ini. Baka kucing ini adalah yang paling kerap dilihat di internet dan terkenal dengan ciri-cirinya yang montel, malah terdapat juga jenis british shorthair ini yang mempunyai jenis telinga berlipat @ folded ear . British shorthair folded ear ini juga popular kerana ia kelihatan comel dan gebu. Kucing ini mempunyai bulu yang tebal dan pendek sahaja.

American Shorthair

Terdapat juga baka kucing kelabu yang hampir sama seakan british shorthair namun ia adalah baka berbeza iaitu american shorthair. Kucing ini mempunyai bulu dan kulit yang tebal dan keras. Kucing ini terkenal dengan perilaku yang mesra dan tenang apabila bersama manusia, tetapi adakala ia agak liar dan tidak sesuai dengan kanak-kanak.

Scottish Fold

Selain british short hair, scottish fold juga adalah sejenis kucing yang mempunyai telinga  berlipat. Keunikan genetik inilah menjadikan ia sejenis kucing yang popular di seluruh dunia. Baka ini mempunyai mata yang bulat dan besar, ia juga hadir dengan genetik bulu panjang dan bulu pendek. Uniknya kucing ini sangat gemar bercakap dengan manusia dan sangat mesra.

Siberian

Kucing siberian ini adalah sejenis kucing domestik yang terbesar, ia mempunyai bulu yang panjang dan berkulit tebal sesuai dengan habitat semulajadinya yang sejuk dan bersalji. Kucing baka ini sangat mesra dengan manusia dan gemar bermain di luar kawasan rumah. Saiznya yang besar menjadikan ia kucing yang montel dan sesuai untuk aktiviti luar.

Sphynx

Sejenis kucing yang mempunyai genetik yang tidak berbulu, namun warna kelabunya boleh dilihat jelas pada kulit badanya. Kucing ini mempunyai kepala yang berbentuk segitiga serta telinga dan mata yang besar. Namun terdapat juga beberapa kawasan yang mempunyai sedikit bulu seperti di telinga dan juga kaki. Kucing ini juga kelihatan seperti anjing dengan perilaku yang sedikit liar.

Norwegian Forest Cat

Sejenis baka kucing yang bersaiz besar dan mempunyai kulit tebal dan berbulu panjang. Ciri unik baka kucing ini adalah mempunyai telinga yang sedikit tajam dan bulu pada lehernya yang panjang mengerbang. Ia juga mempunyai tabiat suka  bercakap dengan manusia dan comel.

Persian

Kucing parsi adalah baka kucing bulu panjang yang popular di seluruh dunia. Ia mempunyai bulu yang panjang dan tebal, kucing ini mempunyai ukuran badan yang sederhana sahaja, namun ia kelihatan besar disebabkan bulunya yang lebat. Kucing ini mempunyai sifat yang mengenali tuan dan hanya manja dengan tuannya sahaja. Disebabkan bulunya yang panjang, ia memerlukan penjagaan groom yang tinggi dan mahal.

Russian Blue

Sejenis baka kucing dari rusia yang bewarna biru seakan kelabu, ia juga mempunyai bulu dan kulit yang tebal apabila disentuh. Warna kucing ini seakan-akan biru ke hitaman menjadikan ia kelihatan seperti warna kelabu. Kucing ini mempunyai perilaku yang pendiam dan gemar menghabiskan masa di dalam rumah sahaja. 

Chartreux

Kucing ini dinobatkan sebagai kucing kebangsaan untuk negara France, kucing chartreux ini juga dikenali dengan panggilan “potato on toothpick”. Kucing ini mempunyai fizikal sedikit berotot pada badan dan kakinya. Kucing ini mempunyai sifat yang kurang mesra dan sesuai untuk dijadikan kucing di halaman luar rumah.

Devon Rex

Sejenis baka kucing yang unik dan mempunyai telinga yang besar dan tebal, kucing ini mempunyai bulu yang halus dan sedikit sahaja, boleh dikatakan hampir tiada. Namun ia mempunyai warna kelabu yang jelas pada kulit dan bulu halusnya. Kucing ini kurang mesra dan tidak sesuai untuk mereka yang mahukan kucing peliharaan yang manja.

Korat

Korat adalah sejenis baka kucing di US yang berasal daripada thailand, ia adalah antara baka kucing yang lama dan masih wujud hingga ke hari ini. Kucing ini mempunyai bulu yang pendek dan kulit yang tebal, bulunya jelas mempunyai warna kelabu. Antara keunikan kucing ini adalah ia mempunyai mata yang bewarna hijau dan cantik. Kucing ini mempunyai perilaku yang pendiam dan agak pemalu dengan manusia

Nebelung

Sejenis baka kucing yang “rare” dan mempunyai mata yang unik dan bewarna hijau. Ia juga salah satu baka kucing besar dan boleh mencapai berat sebanyak 16 pounds. Kucing ini mempunyai bulu kelabu seakan putih yang tebal dan lebat tetapi tidak panjang. Ia mempunyai kuit yang tebal dan agak berotot pada luarannya. Mempunyai perilaku yang tenang dan sedikit pemalu.

Oriental

Kucing baka oriental ini mempunyai genetik berkait dengan kucing siam, namun sedikit berbeza dalam beberapa hal seperti jenis badan dan warna. Kucing ini mempunyai warna kelabu seakan warna putih, ia juga mempunyai telinga yang besar dan mata yang besar. Kucing ini mempunyai personaliti seakan kucing siam dan mempunyai kepintaran yang tinggi. Ia juga gemar bersendiri dan mudah mesra dengan tuannya.

Link shopee produk grooming cat:

Pet Comb Cat Comb Grooming : https://shope.ee/402rEHWJ0b
Pet Hair Clipper Grooming Kit : https://shope.ee/79zt08AZfN
Pet Grooming Bag Shower Bath : https://shope.ee/6pN2bYFmLZ
Cat Grooming Glove : https://shope.ee/1fewS5ccwy
Cat Nail Trimmer : https://shope.ee/7pFZnRwoTo

**Tekan gambar voucher dibawah untuk lebih banyak koleksi Voucher Percuma di Shopee

Akhir Kata

Memiliki kucing yang bewarna seperti diidam-idamkan pastinya menjadi idaman bagi pecinta kucing. Jika diperhatikan ramai orang mencari kucing kelabu ini adalah jenis baka brittish short hair, american short hair, dan scooth fold. Ini kerana ia sangat popular dan sesuai dipelihara di Malaysia. Selain itu, jenis baka short hair ini juga mudah untuk dijaga berbanding jenis bulu panjang. Baca artikel seterusnya jenis baka kucing. Semoga bermanfaat!

error: Content is protected !!
Scroll to Top
Exit mobile version